Untuk first post dalam blog ni, sis takda idea nak post apa sebenarnya.
Memandangkan kita baru sahaja selesai ibadah berpuasa di bulan ramadhan 2018 ni, sis nak share la satu resepi dessert keluarga yang selalu sis buat waktu bulan ramadhan.
sangat MUDAH, SEDAP DAN MENARIK. i can guarantee that trust me!
namanya apa? macam dalam title la FRUIT COCKTAIL laila (my mom punya nama) hihi
ini senarai bahan-bahannya ya :-
2 sudu besar tepung custard
1 tin susu sejat
2-3 sudu besar susu pekat (ikut rasa masing-masing ya)
1 tin mix fruit
gula-gula sumi (optional)
cara-cara:-
1) Campurkan susu sejat, tepung custard dan susu pekat dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana. Pastikan sentisa kacau tau! kalau tak hangit nanti kat bawah. Kacau sehingga campuran itu jadi pekat ala-ala macam pekat sos gravy chicken chop tu haa gituh.
2) Sejukkan custard kita tadi tu dulu sebelum simpan didalam fridge. JANGAN SIMPAN TERUS MASA PANAS-PANAS TU TAU! Make sure semua sejuk dulu or suam-suam la baru boleh masuk dalam peti sejuk ;)
3) Agak-agak tetamu datang, baru hidang. Pindahkan custard dalam mangkuk yang cantik-cantik. campurkan sumi dan mix fruits dalam custard tu dengan syrup dia sekali lagi sedap. Masukkan ais, kacauu anddd DAH SIAPP!
Senang kannn?!
sis takda gambar nak tunjuk adehh tapi uolls boleh bayangkan kot kan?
harap-harap boleh la bantu siapa-siapa yang dah habis idea nak buat dessert apa lagi hihi
okla sampai sini saja entry sis. Ada masa sis post lagi okay. Cau luuu selamat mencuba!
sebelum tu...
scenery dari bekas kolej sis :) KMK dihatiku

No comments:
Post a Comment